Monday, December 18, 2017

Bihun Sup Ayam.


Minggu ni saya teringin sangat nak makan Bihun sup, tapi susah nak cari yang sedap or klu ada pon jauh yang amat. Tambah lagi, saya dah bosan sangat makan makanan luar, sampai tak tau nak pilih atau beli makanan apa. So saya decide nak masak sendiri. Malam Ahad saya kinda announce to my parents, "esok tgh hari xyah masak, jangan beli apa2 lunch sbb kakak nak masak"and they so glad and shock as well, sbb jarang2 anak die ni nak masak lunch and I said I wanna make Bihun Sup.

Saya tahu ramai kat luar sana lebih pandai dan jauh lebih pakar dalam bab memasak. Tambah lagi saya ni baru je nak berjinak2 main api kat dapur hehe.. so masak pon ala ala org bujang. Since my mom baru je operate jantung so daging is big no no.. bukan x boleh makan, cuma tak boleh makan banyak. So sebab tu  saya buat Bihun sup ayam. so resepi Bihun sup gaya saya, saya kongsi kan dlm entry kat bawah:

Sup Ayam:
1/3 ekor Ayam (potong kecil, saya guna ayam bahagian tulang2 ja)
3 sudu besar Rempah Sup (bancuh sikit dengan air, gaul rata)
4 sudu besar bawang besar blended
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 inci halia (tumbuk halus)
rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga)
air, minyak dan garam secukupnya

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih, halia, bawang besar, dan rempah 3 sekawan. Selepas naik bau, masukkan sempah sup. Selepas naik minyak, Masukkan air (saya letak dalam 3 mangkuk air), dan tunggu ia mendidih. Masukkan ayam dan garam. selepas ayam dan masak boleh la adjust klu nak tambah air lagi or garam. Boleh letak daun sup atau salery mengikut citarasa masing-masing. ada juga letak lada sulah (saya tak letak sbb family x suka huhu). Setengah orang suka letak sup bunjut je, instead of rempah sup serbuk. it depends, but if u do, instead of guna bawang besar blend guna bawang holand, potong 6 or 4. :) 

Begedil ayam
1 ketul ayam bahagian dada (potong kcik2/halus2) - boleh jugak pakai minced meat/ chicken
4 biji kentang (potong kecik)
garam dan lada sulah secukup rasa
telur 1 biji

Cara:
goreng ayam dan kentang berasingan. toskan minyak. tumbuk kentang sehingga hancur. gaulkan ayam + kentang + garam + lada sulah sehingga sebati dan buat bulat2  kecil. Boleh jugak klu awak2 nak letak daun bawang atau bawang goreng dalam adunan begedil tu. panaskan minyak. celup begedil dalam telur dan goreng begedil tersebut sehingga warna keemasan.


Then, tuk rasa lebih mantap, kita yg suka makan pedas2 boleh buat sambal kicap. Saya buat sambal bodoh je, literally cili padi(tumbuk/potong) dan tuang kicap je. tok seimbangkan diet, celur sedikit sayur sawi (saya guna pak choi/ baby sawi sbb sawi pahit haha). or klu malas2 potong daun bawang dan daun sup je pon boleh. last but not least celur bihun :) Done. Selamat mencuba :)




No comments: